D. TUJUAN & FUNGSI PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN

by - December 02, 2021

 

Kod etika profesionalisme keguruan dan peraturan pendidikan mempunyai tujuan dan fungsi tersendiri. Perkataan etika berasal dari bahasa yunani iaitu ‘ethos’ yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya disama ertika dengan moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa latin iaitu ‘mos’ atau ‘mores’ yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik (kesusilaan). manakala akhlak dari bahasa arab yang bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan. Maksud yang biasa digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Ia berkaitan dengan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut kamus dewan IV (2005) etika membawa maksud suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.

Berikut adalah penerangan tentang tujuan dan fungsi peraturan-peraturan pendidikan di malaysia. Pencegahan bermaksud mencegah guru-guru atau pegawai pendidikan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan imej institusi pendidikan dan penyalahgunaan kuasa. Selain itu, untuk mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-peraturan tersebut seperti surat pekeliling, memo pemberitahuan & papan tanda amaran.

 Untuk keterangan peringatan adalah untuk memastikan guru-guru serta pegawai pendidikan sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawab. Selain itu, memberi peringatan kepada guru-guru serta pegawai pendidikan terhadap akibat dan hukuman sekiranya tidak mematuhi peraturan. Tambahan, mengingatkan guru-guru serta pegawai pendidikan agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Pengajaran memberikan kepada guru-guru serta pegawai pendidikan melalui kes-kes yang lepas serta hukuman yang dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan. Seterusnya, tindakan yang dikenakan untuk menjadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibar dan pihak-pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang seperti hukuman diturunkan pangkat & ditukar tempat kerja.

Falsafah pendidikan guru telah menyatakan ciri-ciri guru yang dihasratkan oleh malaysia iaitu berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Ciri-ciri tersebut adalah bagi memenuhi standard guru malaysia yang bertaraf dunia. Standard tersebut meliputi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan & kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, peraturan-peraturan dan undang-undang pendidikan dibentukan untuk mempastikan pendidikan di malaysia berkembang maju yang dapat menandingi pendidikan di negara-negara maju di dunia. Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan yang berkesan, kod etika profesionalisme keguruan membina yang meletakkan kepentingan dan tanggungjawab guru kepada murid, ibu bapa, profesion & rakan sejawat dan masyarakat & negara. Guru-guru mesti faham dan sedar bahawa tangungjawabnya begitu besar. Peranan dan sumbangan guru menentukan masa depan negara.

You May Also Like

0 comments