C. PELAKSANAAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN DALAM AMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Peraturan pendidikan di Malaysia adalah berkaitan dengan perbuatan tentang moral yang menjamin keadilan dan satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin kesejahteraan hidup. Bagi undang-undang pendidikan pula, ia berkaitan dengan semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum dan undang-undang yang telah digubal oleh sesebuah badan pengubalan undang-undang yang bertujuan melindungi hak individu dan kebebasan tertentu. Terdapat banyak persamaan dan perbezaan antara peraturan pendidikan dan undang-undang pendidikan yang akan dipatuhi dalam sistem pendidikan di Negara ini.
Persamaan antara
Peraturan Pendidikan dan Perundangan Pendidikan
·
Dokumen
bertulis
·
Panduan
dalam kehidupan
·
Panduan
sekiranya berlaku masalah
·
Peraturan
disahkan sebelum digunakan
·
Kaedah
pembuatan hukuman adalah sama
·
Memastikan
pendidikan Malaysia berkembang
Perbezaan antara
Peraturan pendidikan dan Perundangan Pendidikan
Perbezaan |
Peraturan Pendidikan |
Perundangan Pendidikan |
Tujuan |
Mendisiplinkan
individu dan serta amanah dalam pekerjaan |
Menjaga
hak individu |
Kepentingan |
Mewujudkan
sistem tadbir urus yang cekap dan berkualiti |
Supaya
tiada yang melampau bidang kuasa |
Contoh |
Perintah
Am Peraturan 4 Bab D |
Akta
pendidikan 1996 |
Maksud |
Peraturan
pendidikan lebih kepada menjaga sistem pendidikan suapaya sentiasa dapat
menghasilkan insan yang dihasrat. |
Perundangan
Pendidikan adalah undang-undang yang digubal untuk memastikan guru-guru serta
pegawai pendidikan menjalankan tugas dengan betul dan tidak menyalahgunakan
kuasa. |
Kesan |
Mewujudkan
sekolah yang selamat |
Menjamin
keselamatan pendidik dan pelajar |
Pendidikan Guru |
Memastikan
guru mengambil tindakan yang sewajarnya |
Perundangan
ini telah menghadkan dan menyediakan garis panduan kepada guru dalam memberi
hukuman |
Berikut merupakan Pematuhan
Guru Sebagai Penjawat Awam
1. Akta
Pendidikan 1996
Suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Dikenali juga Akta 550 sebagai rujukan dalam melaksanakan
tanggungjawab warga pendidik agar sentiasa berada di landasan yang betul.
2. Perintah
Am Bab D
Peraturan-peraturan
pegawai awam iaitu Kelakuan dan Tatatertib yang mencakupi kewajipan pegawai
awam mematuhi peraturan, kawalan dan pengawasan tatatertib. Disenaraikan
kesalahan dan ketidakpatuhan terhadap prosedur tatatertib yang boleh disabitkan
dengan hukumantatatertib dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam.
Sebagai contohnya, seseorang pegawai tidak boleh membelangkan tugas awamnya
demi kepentingan peribadi, memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam, melakukan ganggguan seksual, keterhutangan yang serius, membuat
pernyataan awam, melakukan perkerjaan luar, tidak mematuhi etiket pakaian dan
sebagainya.
3. Pekeliling
Ikhtisas dan Kementerian
Warta
kerajaan yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari
masa ke semasa.Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan. Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh
guru-guru.
4. Undang-undang
Sivil dan Syariah
Undang-undang
Syariah merupakan hukum perundangan Islam dari Allah SWT bagi umatNya
bersumberkan al-Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW Termasuk dalam kesalahan
ialah berkaitan hubungan tidak sah seperti khalwat dan persetubuhan
haram.Undang-undang Sivil merupakan sekumpulan undang-undang yang mengawal hak
dan tanggungan (liabiliti) sivil antara individu dengan individu, individu
dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu. Contohnya: Hak asasi
kanak-kanak bagi mendapatkan pendidikan. Satu lagi ialah Undang-undang jenayah
yang berfungsi mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Sebagai
contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan
digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuritu.
0 comments