PENUTUP
Kod
etika dalam sesuatu perkara atau pekerjaan yang dilakukan sememangnya harus
dipatuhi dengan baik dan berdisiplin. Bagi kod etika untuk seorang guru pula,
kita juga telah sedia maklum bahawa kementerian pendidikan telah menyarankan
beberapa garis panduan kepada semua guru untuk mematuhi kod etika profesionalisme
keguruan bagi menjaga imej, akhlak dan status profesion keguruan mereka kerana
ia merupakan salah satu peraturan di Malaysia di mana mempunyai tujuan dan
fungsi bagi peraturan-peraturan pendidikan yang telah dilaksanakan di Negara
kita.
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk
membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu
tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai
kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu
negara mencapai kemajuan. Kita juga sedia maklum bahawa peraturan-peraturan
pendidikan di Malaysia telah ditetapkan dan perlu dipatuhi dan ia merupakan
suatu proses humanisadi yang artinya dengan pendidikan manusia akan lebih
bermartabat, berkarakter, terampil, yang memiliki tanggungjawab terhadap sistem
social sehingga akan lebih baik, aman dan nyaman.
Tokoh
Pengertian Perundangan Pendidikan menentukan tahap pendidikan berkualiti
bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan
pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yang
dilaksanakan pihak kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat
beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan
pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.
0 comments