PENGENALAN
Kod
etika dalam sesuatu perkara atau pekerjaan yang dilakukan sememangnya harus
dipatuhi dengan baik dan berdisiplin. Bagi kod etika untuk seorang guru pula,
kita juga telah sedia maklum bahawa kementerian pendidikan telah menyarankan
beberapa garis panduan kepada semua guru untuk mematuhi kod etika
profesionalisme keguruan bagi menjaga imej, akhlak dan status profesion keguruan
mereka kerana ia merupakan salah satu peraturan di Malaysia di mana mempunyai
tujuan dan fungsi bagi peraturan-peraturan pendidikan yang telah dilaksanakan
di Negara kita. Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan
dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang
peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai
kemajuan. Kita juga sedia maklum bahawa peraturan-peraturan pendidikan di
Malaysia telah ditetapkan dan perlu dipatuhi dan ia merupakan suatu proses
humanisadi yang artinya dengan pendidikan manusia akan lebih bermartabat, berkarakter,
terampil, yang memiliki tanggungjawab terhadap sistem social sehingga akan
lebih baik, aman dan nyaman. Tokoh Pengertian Perundangan Pendidikan menentukan
tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi
keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Sama seperti pengurusan
disiplin dan peraturan yang dilaksanakan pihak kementerian juga telah mengambil
inisiatif untuk membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk
mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.
0 comments